Monday 10 December 2012

Pisang Tidak Akan Berbuah 2 Kali.




Nama aku Ali.Aku baru berpindah di sebuah bandar di Kuala Lumpur setelah ayah aku berjaya dalam perniagaannya.Aku terpaksa meninggalkan rakan-rakan aku yang berada di kampung.Walaupun sedih,namun aku berharap tempat baru itu lebih seronok daripada kampung.Kami sekeluarga tinggal di taman perumahan orang-orang korporat.

Ayah aku mendaftarkan aku di sebuah sekolah swasta.Aku agak kekok dengan sekolah tersebut kerana sangat berbeza di sekolah lama aku.Tiba-tiba, seorang lelaki datang mendekati aku.
"Hai,nama aku Samsul.Panggil aku Sam.Selamat datang ke 'kawasan'aku,"katanya dengan senyuman sinis.

Aku hanya membalas senyumannya.'Kawasan'dia?Apa yang cuba ingin Sam beritahu kepada aku?Aku hanya berdiam diri.

Sudah dua minggu aku berada di sini.Ternyata tempat baru ini sangat membosankan.Ayah dan ibu sibuk bekerja dan aku hanya terpuruk di rumah.Pada suatu hari,kelihatan Sam datang ke rumah aku.Pada masa itu,ibu dan ayah aku tiada di rumah.
"Ali,aku datang ke rumah engkau untuk mengajak engkau 'bermain'.Aku lihat engkau seperti burung didalam sangkar saja.Jom ikut aku,"kata Sam.

'Bermain'.Bunyinya agak seronok bagi aku.Aku hanya mengangguk tanda setuju.Aku memasuki ke dalam kereta dan kelihatan empat orang rakan sekelas kami iaitu,Andy,Malik,Alif dan Farouk berada didalam kereta Sam.Pemandu Sam membawa kami tempat yang dituju.

Setibanya di sana, aku terkejut melihat tempat tersebut merupakan kelab hiburan.Pada mulanya, aku berniat untuk pulang ke rumah sahaja tetapi apabila mendengar sindiran Sam yang mengatakan aku berfikiran kolot,aku membatalkan niat itu.Aku dan rakan-rakan diberikan pas masuk dan perlu membayar lebih kerana kami bawah 18 tahun.Aku menghayati kerancakkan suasana disitu.Rakan-rakan ku mencabar aku menikmati minuman keras.Tanpa berfikir panjang,aku pun ikut kehendak mereka.

Sejak itu, aku merupakan rakan karib Sam.Kami selalu mengunjungi kelab hiburan setiap minggu.Kami sering mabuk,berkhayal dan berfoya-foya bersama wanita-wanita di sana.Aku berasa seronok bersama Sam.

Pada suatu hari,ibu dan ayahku terpaksa ke luar negara selama seminggu atas urusan perniagaan.
"Ali,memandangkan 'orang tua' kau tiada di rumah,aku cadangkan kita mengadakan 'party' di rumah kau,"cadang Sam.

Aku hanya mengangguk.Pada malam itu,seramai 30 orang datang ke rumah aku.Kami seperti biasa,berfoya-foya,berkhayal dan mabuk.Tiba-tiba, kedengaran pintu rumah aku dirempuh oleh sekumpulan polis.Ramai orang lari lintang-pukang.Aku dengan terpinga-pinga,segera ditangkap polis.Pada waktu itu,Sam hilang dari pandangan.

Pada keesokkan harinya, ibu dan ayah datang ke lokap untuk menjamin aku keluar.Aku telah dikenakan hukuman setahun di sekolah juvana kerana menyalahgunakan dadah di bawah umur.Aku juga terpaksa meringkuk ke dalam penjara selama tiga hari kerana mengadakan pesta liar di rumah.Ibu aku menangis teresak-esak dan merayu agar mengurangkan hukuman.Namun begitu,segalanya sudah terlambat.

Aku berasa kesal dengan perbuatan aku itu,Sam yang aku anggap 'rakan karib' terlepas begitu sahaja.Aku berjanji kepada ibu dan ayah aku bahawa pisang tidak akan berbuah dua kali.

No comments: